31 unit peranti yang sepatutnya diberikan kepada atlet Korea Utara dirampas oleh pegawai sukan negara itu. |
RIO DE JANEIRO – BRAZIL. Sebagai penaja rasmi temasya Sukan Olimpik Rio 2016, syarikat telekomunikasi terkemuka, Samsung menghasilkan Samsung Galaxy S7 Edge edisi khas Olimpik.
Difahamkan, kesemua 12,500 orang atlet yang mengikuti temasya sukan bertaraf dunia ini menerima peranti berkenaan sebagai buah tangan berikutan penyertaan mereka pada edisi kali ini.
Namun begitu, berbeza dengan Korea Utara di mana 31 unit peranti yang sepatutnya diberikan kepada atlet mereka dirampas oleh pegawai sukan negara itu yang menemani mereka ke Brazil.
Menurut laporan Radio Free Asia, peranti berkenaan dirampas berikutan dikhuatiri menjadi alat intipan oleh Korea Selatan yang merupakan pengasas kepada syarikat telekomunikasi terbabit.
Pegawai sukan negara itu membimbangi bahawa pemberian peranti berkenaan akan mempengaruhi atlet negara pimpinan Kim Jong Un.
Samsung Galaxy S7 Edge edisi khas Olimpik hadir dengan warna peranti dan wajahnya diubah menggunakan warna gegelung Olimpik.
Hubungan diplomatik antara Korea Utara dan Korea Selatan masih tegang walaupun gencatan senjata dipersetujui pada tahun 1953. -Amanz.my
No comments:
Post a Comment